Sunday, February 21, 2010

Cerita Di Sebalik Gambar



Terma & syarat di sini





Ada apa dengan gambar ni?

Ini buat pertama kalinya seumur masa 3 tahun kami seopsyen ( sekelas ) cukup 20 orang dalam satu gambar. 20 orang dalam batch pertama RBT PISMP IPG KTHO yang penuh kontroversi & selalu memeningkan kepala lecturer. Ala standard la kan jiwa remaja. Hee

Kenapa gambar ni terpilih?
Sebab hakikatnya kami ber-20 penuh dengan konflik. Hampir 5 tahun hidup bersama ni macam-macam kisah dah dilalui. Yang pasti banyak pahit dari manis. Bergaduh tu perkara biasa. Biasalah kan zaman-zaman tak matang. Yeker sebab tak matang? Tapi tengok junior2 elok je depa. huhu tak kisah la tu. Jadi kan, bila belek-belek gambar ni semula tiba-tiba rasa terharu. Memang susah (tak pernah sebenarnya) gambar cukup 20 orang ni. Dalam gambar ni (especially saat-saat gambar ni dirakam) macam hilang tak pernah wujud konflik-konflik tu. Masing-masing dengan gaya masing-masing bergambar dengan selambanya.

Gambar ni diambil masa perkhemahan unit beruniform dekat Kem Kaizen Gunung Pulai. Camping yang sangat relax seumur hidup. Nak tau kenapa? Sebab banyak rehat dari aktiviti. Tapi group kitorang jela (PBSM) yang lain macam Pengakap stiil packed. Nasib badan. Huhu. Gambar ni pun diambil masa balik dari air terjun Gunung Pulai. Patutnya petang tu ada jungle trekking. Tapi hujan lebat akhirnya jadi trekking dalam dorm aka zzzz... Huhu sampailah lepas asar hujan dah reda kami dibawa ke air terjun. Tu pun bukan jungle trekking. Jalan-jalan ikut jalan biasa je 




Versi sopan sikit =P


Tahun ni dah masuk final year. Awal tahun aritu aku anggap satu permulaan yang baik bila kita dapat settlekan isu MQA sama2.. Harap2 apa-apa yang tersimpan dalam hati masing-masing akan clear sepenuhnya sebelum habis hujung tahun ni. Tak sampai 10 bulan pun bertitle seopsyen ni.  Tak nak ada isu baru lagi. Harus aku mengaku, macam mana benda buruk dan tak best pun yang berlaku antara kami2, Tapi benda tu semua jadi kenangan dalam kamus hidup aku. Kiranya masuk list benda yang aku takkan lupa la. Mana taknya, 5 tahun setengah tu cukup lama tau. Kalau kahwin, dah boleh ada anak yang dah nak masuk tadika dah pun. Nasib baik takleh kahwin sebelum habis belajar. Huhu. 

Ok dah. Kang jadi sesi lain pulak entri contest ni. Penat cik penganjur nak baca. Cik penganjur, kalau ada mana-mana syarat yang terkurang, sila beritau ye. Thanks. =)




p/s : Kalaulah ada antara 19 makhluk kat dalam gambar baca entri ni, mau kena bahan tak sudah aku ni. Hoho







2 comments:

  1. lamenye blaja 5tahun tu..hehe
    mst byk kenangan kan..sy dn kwn2 skang ni walaopon hanya 3 setengah tahun tp rase sayang sgt nak berpisah...huhuuhu

    oh ye,thanks join contest!
    moga kenangan yg tersemat menjadi kenangan yg terindah dlm hidup kite.. =)

    ReplyDelete